Selasa, 20 Januari 2015

Lama terbengai, update sikit lahhh...

~Aku tulis ape yang dalam kepala otak aku nak tulis, bukan kepala otak orang lain.~
Assalamualaikum WBT....
Giler betul lah... beberapa tahun tinggalkan blog sendiri... bebetul terpengaruh gunaa FB, Twitter ngan Insta sampai rasa tak relevan nak post kat blog. Tapi hari ni terasa nak jenguk blog ni, blog2 yg lain dah siap2 pi delete. dari biar terbengai macam tu jer, baik delete kannnnn....

byk betul perkara yg jadi sejak tinggalkan blog nih, dan sekarang macam2 dalam kepala dok mikir semua2 yg dah berlalu. tapi pikir utk jadikan panduan laa... tak kuasa nak dok pikirrrrr jer... tak kemana nanti. too many things happen, so i just typing in those things and stuff that happen recently.

Semalam 19/02/2015 jadi Afiqah Dafinah yg ke-5 tahun... sambut ringkas2 jer kat sekolah dia td, tgk Fina happy kira ok la. Kakak Damia dah darjah 3, dia lak tak berapa sihat, kesian tgk dia gigih nak lawan sakit perut ngan muntah2. dah bagikan ubat, harap2 Allah sembuhkan cepat. Baby Dafinah makin cerdik dgn skil2 baru dia, tak macam budak 7bulan... comellllll... memang kena latam tetiap hari sbb comel sgt.

Isteri tercinta si Niza pulak, lagi kesian kat dia... sejak kami laki bini pegang post politik yg kanan2 nih, byk yg dia korbankan utk keluarga. kekadang tak sampai hati tgk dia penat tapi kami faham keadaan kami sekarang memang perlu banyak pengorbanan. Bukan mudah utk kami aktif bidang politik ni bersama, tapi insyaallah ramai yg doakan kebaikan utk kami dan kami percaya Allah dah aturkan yg terbaik utk kami.

Minggu lepas, badan tak berapa sihat, so ambil kesempatan fikir dan timbang semula halatuju dan carakerja politik aku. dapat nasihat dari isteri, teman2 rapat dan mentor2.... akan ada perubahan besar lepas ni. insyaallah... aku buat kerana Allah... amin...

p/s: tadi dah sedap menaip byk idea, hp lak kejap2 bunyikkk pepagi buta nih... ramai lak yg call... potong betul lahhh... tak pe la.. next time kita post lg :)